21 April 2022 – Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2022. Ia merupakan program utama sektor perpustakaan yang dijalankan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Ia juga merupakan komitmen sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan amalan dan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada warga kerja MPM dan juga Pelatih KSMPP Siri 1 Tahun 2022. Sepanjang program berlangsung juga diadakan pertandingan Swafoto(selfie)/ootd bersama bahan bacaan paling kreatif.

Jom raikan sambutan serentak seluruh negara pada ketetapan berikut :
Tarikh : 21 April 2022 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi hingga 11.10 pagi (Bacaan serentak seluruh Malaysia)
Tema : #bangkitbaca #syukur

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com