8 Julai 2022 – Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Kursus Pegawai Siasatan dan Penyediaan Dokumen Berkaitan Siri 2/2022 pada 5 hingga 8 Julai 2022 bertempat di Dewan Seminar Maktab Penjara Malaysia. Kursus ini disertai oleh seramai 29 orang peserta dari seluruh Jabatan Penjara Malaysia. . Antara kandungan kursus ini adalah memberikan pendedahan berkaitan ancaman keselamatan di Jabatan, Pengenalan Tugas Pegawai Penyiasat Berkualiti, Teknik temubual, teknik merakam, pengurusan dokumen/eksibit, pengurusan kertas siasatan/laporan siasatan dan prosedur pengurusan Tatatertib.