11 Julai 2017 – Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Banduan /Tahanan Radikal pada 11 hingga 13 Julai 2017 bertempat di Bilik Seminar Maktab Penjara Malaysia. Kursus ini disertai oleh seramai 30 orang Pengarah-Pengarah Negeri dan juga Pengarah-Pengarah Institusi yang terlibat secara langsung dengan Banduan dan tahanan Radikal. Antara penceramah yang telah dijemput ialah YDH DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay -Counter Terrorism Cawangan Khas E8 Bukit Aman.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan Radikalisasi Dan Ancaman Daesh Dalam Penjara, Pengurusan Keselamatan Bagi Banduan/Tahanan Radikal dan Ancaman Keganasan Militan Di Malaysia. Majlis Penutupan kursus telah diadakan dan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional).

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com