10 Julai 2017 – Bertempat di Hotel Prescott Metro Inn,Kajang  telah berlangsungnya satu Majlis Perpisahan Mantan Timbalan Pengarah Maktab Penjara Malaysia PKP Murali A/L Rajoo yang akan bertukar ke Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Tujuan majlis diadakan adalah memperingati dan mengenang jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh beliau dan komitmen yang telah diberikan kepada Maktab Penjara Malaysia. Majlis yang meraikan perpisahan ini turut dihadiri hampir 50 warga MPM. Majlis dibuka tirainya dengan alunan suara persembahan nyanyian daripada Kakitangan MPM

Di akhir majlis tersebut , PKP Murali A/L Rajoo telah memberi sedikit ucapan dan amanat kepada warga Maktab Penjara Malaysia. Beliau juga menerima cenderahati daripada warga MPM sebagai menghargai jasa beliau.

 

  

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com