23 April 2020. Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Mohamed Said telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Sementara Selangor, Maktab Penjara Malaysia. Tujuan lawatan beliau adalah untuk meninjau pesiapan terakhir pengoperasian Penjara Sementara Selangor bagi menerima pesalah-pesalah yang telah melanggar peraturan PKP sepanjang tempoh arahan 'lock down' yang dikeluarkan oleh kerajaan dan sedang berkuat kuasa berikutan wabak CV-19. Turut hadir semasa lawatan berkenaan adalah Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia juga Pengarah Maktab Penjara Malaysia.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com